+603 – 8872 5018 / 5017 / 5023 / 6357 sekretariataipsa@mampu.gov.my

Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam @ AIPSA

Program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) hanya terbuka penyertaannya kepada agensi sektor awam. Ganjaran yang ditawarkan adalah berbentuk wang tunai, trofi serta sijil.


Kaedah Penyertaan

Penyertaan adalah terbuka kepada agensi sektor awam.

01

Pelantikan Penyelaras Projek

Sekretariat AIPSA akan mengenal pasti, melantik dan mendaftarkan pegawai di Kementerian/PSUK sebagai Penyelaras Projek.

02

Pelantikan Pemilik Projek

Penyelaras Projek di Kementerian/PSUK akan mengenal pasti, melantik dan mendaftarkan pegawai di agensi sebagai Pemilik Projek.

03

Permohonan Dalam Talian

Pemilik Projek akan membuat permohonan penyertaan AIPSA melalui aplikasi AIPSA secara dalam talian.


Soalan Lazim

Persoalan lanjut mengenai Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam.

  • TIDAK. Hanya agensi sektor awam dibenarkan untuk menyertai AIPSA.

  • YA. Semua projek/inisiatif layak dipertandingkan KECUALI projek/inisiatif yang telah dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) atau Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) atau mana-mana projek/inisiatif yang dijiplak/diplagiat untuk dipertandingkan dalam AIPSA tahun 2023.

  • TIDAK. Hanya projek/inisiatif inovasi yang telah siap antara tahun 2020 hingga tahun 2022 LAYAK menyertai AIPSA tahun 2023.

  • Semua penyertaan AIPSA perlu dihantar secara dalam talian melalui laman sesawang https://aipsa.mampu.gov.my

  • BOLEH. Sebarang pindaan boleh dibuat selagi projek/inisiatif tersebut belum dihantar kepada KSU/SUK masing-masing. Projek/inisiatif yang telah dihantar kepada KSU/SUK atau sekretariat TIDAK boleh dipinda.

  • TIDAK BOLEH. Produk/inisiatif yang sama TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai lebih daripada satu kategori/trek anugerah.

  • BOLEH. Setiap penyertaan bagi setiap produk/inisiatif perlu dihantar secara berasingan.

  • Peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir dan akhir akan dimaklumkan oleh sekretariat melalui aplikasi MyAIPSA. Peserta perlu sentiasa menyemak aplikasi MyAIPSA dari semasa ke semasa.

  • Penilaian lanjut melalui lawatan ke agensi akan dijalankan sekiranya diperlukan

  • Penerima AIPSA akan diumumkan semasa Majlis AIPSA yang akan ditentukan kemudian.

  • Buat masa ini, peranan Penyelaras Projek hanya diberikan kepada pegawai di peringkat Kementerian yang bertanggungjawab ke atas fungsi pengurusan inovasi. Namun, walaupun terhad kepada pegawai Kementerian, bilangan Penyelaras Projek boleh ditetapkan kepada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai pada Gred 44 dan ke atas. Hanya Sekretariat sahaja yang boleh menetapkan peranan pegawai-pegawai tertentu sebagai Penyelaras Projek.
     

  • Setelah Penyelaras Projek menetapkan peranan pengguna dalam MyAIPSA, Pemilik Projek perlu memasukkan perincian berkaitan projek/inisiatif berserta slaid dan video dalam MyAIPSA. Seterusnya, permohonan perlu disahkan oleh Ketua Pemilik Projek dan selanjutnya perlu diluluskan oleh Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum disahkan penerimaan oleh Sekretariat di MAMPU.

  • Memandangkan semua penyertaan AIPSA perlu dinilai oleh KSU/PSUK, adalah wajar Ketua kepada organisasi di peringkat Agensi/Jabatan membuat penilaian kepada sebarang penyertaan projek/inisiatif yang dikemukakan oleh Agensi/Jabatan tersebut. Oleh yang demikian, beliau boleh memainkan peranan dalam permohonan AIPSA selaku Ketua Pemilik Projek. Peranan ini membolehkan sebarang penyertaan yang dikemukakan oleh Pemilik Projek disahkan, tidak disahkan atau dipinda semula.
     

  • BOLEH. Program AIPSA adalah terbuka kepada semua projek yang dipilih oleh Kementerian / PSUK. Projek yang dipilih akan dinilai sebagaimana projek lain yang dipertandingkan dalam program AIPSA.

Maklumat Perhubungan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi sekretariat Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam seperti di bawah.


Adrian Leong

Ketua Pen. Pengarah Kanan

Roslinayati binti Yaacob

Ketua Pen. Pengarah

Nur Farhana binti Ahmad Hasri

Penolong Pengarah

Anna Carmila Billy

Penolong Pengarah