+603 – 8872 5018 / 5017 / 5023 / 6357 sekretariataipsa@mampu.gov.my

Syarat Penyertaan

SYARAT-SYARAT UMUM
  1. Terbuka kepada semua agensi sektor awam.
  2. Projek/inisiatif inovasi yang dihasilkan hendaklah mempamerkan ciri-ciri keaslian (originality) dan baharu (novelty).
  3. Projek/inisiatif inovasi yang dihasilkan TIDAK MELEBIHI tiga tahun relatif kepada tahun program AIPSA diadakan.
  4. Setiap projek/inisiatif layak untuk menyertai satu kategori anugerah dan satu trek sahaja.
SYARAT-SYARAT KHUSUS

Syarat-syarat khusus penyertaan bagi kategori AIPSA, AInSA dan ADISA adalah seperti yang berikut:

  1. AIPSA
    1. Satu penerima utama dipilih dalam kalangan empat Penerima Terbaik bagi setiap trek di bawah kategori AInSA.

  2. AInSA
    1. Projek/inisiatif inovasi yang dilaksanakan sepenuhnya (dalam tempoh lebih daripada setahun tetapi tidak melebihi tiga tahun dan memberi impak tinggi kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.
    2. Projek/inisiatif yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.

  3. ADISA
    1. Projek/inisiatif inovasi bertaraf rintis atau prototaip yang berpotensi untuk direplikakan atau dikomersialkan (dalam tempoh kurang daripada setahun).
    2. Projek/inisiatif yang berpotensi untuk memberi impak tinggi kepada rakyat, komuniti perniagaan dan negara.
    3. Projek/inisiatif yang berpotensi untuk memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar seperti rakyat, komuniti perniagaan, dan negara.